Ahlan wasahlan, ya Ramadhan!

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 7:16 am on Sunday, August 31, 2008

Tomorrow is the start of the fasting month. I welcome it with an open heart. Ramadhan at home is always fun. Ramadhan means family gathering and nice food. Haha. This year, we have less people at home with Afif in Michigan, Anas in Kuantan, Abang Min and his family in The Hague and Abang Lan possibly spending Ramadhan in Tashkent. But nevertheless, with Iman Amani around, Ramadhan, especially terawih would still be fun. It’s cute and touching to see a four-year old wearing telekung and performing prayers with the rest of us. And the fact that after a while, she would actually memorize the do’a and all! Future par-excellent muslimah, insyaAllah.

This Ramadhan, I have personal missions to accomplish especially since this could be the last Ramadhan I am spending in Malaysia for the next few years, InsyaAllah. So I hope I will be able to make full use of the one special month Allah has allocated for us all. I plan to perform terawih prayers every night, khatam Qur’an (lama dah tak khatam!), perform more sunat prayers, banyakkan doa coz as Syima said, during these times, His Mercy is endless and perhaps be more generous to others in terms of money and time. Be closer to Allah. InsyaAllah.

Then the not spiritual aims. I have to submit my applications to Australian National University and the University of Melbourne, I have to do a lot of reading to specify my research interest, I have to finish marking my students’ assignments, I have to finish my essay for admission to ANU and Melbourne and I have to bake kuih raya.

Ramadhan also brings back the memories of fasting in campus. What an experience. The bazaar Ramadhan, the berbuka ramai-ramai, the malas-bangun-sahur attitude, the alamak-dah-subuh-tak-sempat-sahur moments and just the atmosphere of sweet Ramadhan in IIUM. Bukak tingkap pukul 4 pagi pun tak takut sebab boleh dengar orang baca Qur’an from the mosque! Syahdunya! I miss IIUM most during Ramadhan…

But as usual, life must go on! =)

Dissapointed

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 9:26 pm on Friday, August 29, 2008

"Tahniah. Semoga dipermudahkan with the blessings of Allah."

That’s it? THAT’S IT??

=(

Bitter Amrah

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 3:20 am on Thursday, August 28, 2008

I don’t like it when my students don’t read the literary works they have to read for my class.

I don’t like it when my students talk when their friends are answering my questions.

I don’t like it when people ask for my help in English but INSIST on me helping them ASAP because they are running late in passing up their assignments bla bla bla. "Tolong cepat sikit ye. Saya nak kena siapkan assignment ni." Not MY problem. If you know that you need help in editing your work, isn’t it better to do it earlier then? Plus, don’t you think I have other things to do too or that I might be in the midst of doing things??

I don’t like it when the professors in Australia do not reply my email enquiries. What a great way to promote your universities!

I don’t like it when people rejects my calls. I think it’s more polite to just sms me and say you can’t pick up the phone because you’re in a meeting, bla bla bla.

I don’t like it when I am stuck in a bad traffic and inconsiderate drivers start honking.

I don’t like it when I ask anyone specifically to keep any information that I told them as a secret and that person agrees to keep it as a secret but later nonchalantly tells me that he or she has mentioned it to someone else. WITHOUT feeling guilty!

I don’t like it when friends always nak merajuk-merajuk with one another. It’s really annoying. Thank God my friends are NOT like that!

I don’t like it when people look down on other people’s study. Like we, English scholars always have to go through. "Eleh, setakat baca buku jek, ape yang susah?" Go and read any novel and critically analyze it in relations to its historical, social and cultural aspects, THEN you tell me it’s easy or not, okay? And don’t forget the literary theories too.

I don’t like it when a guy who is supposed to be stronger than a girl bermanja-manja, mengada-ngada. It’s not wrong to be manja but it must have a limit. Ni tak, macam lost puppy jek.

I don’t like it when leaders talk but don’t act.

I don’t like it when you feel challenged by me, you back-stab me and then pretends that everything is okay between us. Yeah right. Like I don’t know what you said about me kan? At least I am not a hypocrite.

I don’t like it when people blame others for their faults.

I don’t like it when people ask me when I am getting married. For God’s sake, I am only 24! I have other things to do and to achieve. Plus, like Mar said, belum sampai jodoh lagi.

I don’t like it when I can’t concentrate when I read a book, especially an academic book. It’s really annoying.

I don’t like it when I have no idea how to solve my own problems. I hate being clueless and helpless.

I don’t like it when I get scared of what the future holds for me. Where is my spirit? How weak is my faith in Allah has become?

But I especially don’t like it when I can’t let go, even when I know that is the best for me. *sigh* Kenapa mesti berpegang kepada yang tidak pasti?

A nice read

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 4:03 pm on Friday, August 22, 2008

I found this on the message board on my BTN Yahoo! Group. I thought it’s a nice read especially now that a lot of us are tying the knots or at least, planning to get hiched.

Aaah… to be in love… =p

Cinta Antara Planet

"Sempena saya nak berumahtangga ni, apa kitab yang ustaz nasihatkan saya baca?", tanya seorang anak muda kepada saya.
"Kalau ustaz cadangkan buku, boleh? Bukan kitab", saya mengusik.
"Sama sahaja tu ustaz. Satu Bahasa Arab, satu Bahasa Malaysia", beliau membalas. "Bukan apa, susah orang nak terima kalau Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray tu sebagai `kitab´!", saya menyambung. "Ustaz suruh saya baca buku tu? Kenapa?", tanyanya seperti terkejut. "Itulah, ustaz dah cakap, mesti anta terkejut punya", saya tersenyum. "Kenapa ustaz tak cadangkan saya baca buku Adab Perkahwinan oleh al-Albani ke, atau buku Tarbiyyah al-Aulaad fi al-Islaam oleh Abdullah Nasih Ulwan?", beliau menyambung pertanyaan. "See, kalau ustaz sebut kitab-kitab tu, anta pun dah tahu
dan faham kenapa buku tu perlu dibaca. Tapi buku John Gray ni, kalau
ustaz tak sebut, rasa-rasanya anta terfikir tak untuk membacanya?",
saya menguji. "Hmm, entahlah. Mungkin tak kot", jawabnya perlahan.

Apabila adik-adik meminta nasihat tentang perkahwinan, saya tidaklah
begitu bimbang dengan soal hukum. Terutamanya bagi mereka yang sudah biasa dengan usrah, program-program agama dan bahan-bahan bacaan berkaitan yang pelbagai. Soal hukum-hakam, kita tahu di mana hendak bertanya, dan bagaimana hendak menyelesaikannya.Tetapi rumahtangga bukan terbina hanya atas kejelasan soal hukum fiqh. Malah jarang benar saya berbual dan berkongsi kisah tentang rumahtangga, membabitkan soal hukum. Hukum yang Syariatullah itu jelas dan cerah.

Namun ketetapan Allah bukan hanya sekadar pada apa yang halal dan
apa yang haram. Hidup ini bukan hanya pada Syariatullah. Manusia saling berhubung dengan Sunnatullah. Psikologi manusia dan peraturan
komunikasi. Inilah yang menjadikan saya senang mencadangkan buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray itu. Buku itu adalah hasil kaji selidik (survey) yang membabitkan jumlah manusia yang ribuan. Ia adalah kajian tentang tabiat manusia.

Kali pertama saya mengenal buku ini ialah pada tahun 2000 iaitu pada
ulangtahun pertunangan saya yang pertama. Tunang saya ketika itu
mengepos buku ini jauh dari Ireland ke London, dengan meletakkan
harapan agar saya membaca dan menghayatinya. Semasa buku itu saya terima, senget juga wajah saya membaca tajuknya. "Buang tebiat ke ni? Buku apa ni?", saya mengomel sendirian semasa membuka bungkusan pos. "Ustaz kena baca buku tu. Besar harapan Kak Muna tu", kata Nasreel, housemate saya ketika itu. Selembar demi selembar saya belek. Ternyata buku itu sungguh mengenyangkan. Mengenyangkan emosi dan fikiran saya, tentang betapa perlunya saya belajar tentang manusia. Khususnya insan yang bakal berkongsi kehidupan dengan saya hingga ke hujung usia.

APA YANG SAYA BELAJAR

Lelaki dan perempuan nyata berbeza. Ungkapan klasik al-Ghazzali
dalam isu yang sama menyebut, "lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala
perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal". Terjemahan itu telah mengelirukan
saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan
perempuan.

Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya
terhadap kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya
diterjemahkan kepada "LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1 LOGIK". Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang kelelakiannya.

Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang
sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya. Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah.

HUBUNGAN SUAMI - ISTERI

Akan tetapi, nasihat dan pandangan John Gray lebih saya aplikasikan
kepada hubungan di antara suami dan isteri. Iaitu dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan. Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu atau berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak. Isteri-isteri
sering begitu kerana mahukan perhatian. Mahukan layanan emosi dan bukti keprihatinan kita.Maka janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mahu mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah… memujuk!

Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang
mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu. "Maafkan abang, andai diri ini tidak bijak menjadi pemujuk", itulah suara hati saya semasa muhasabah diri tentang sikap saya terhadap isteri. Saya tahu yang saya kurang pandai memujuk. Kekadang kaku dalam menunjukkan keprihatian. Malah sering juga tanpa disengajakan, memperkecilkan keluhan isteri… lantaran menilai keluhan itu dengan logik dan rasional diri sebagai lelaki. "Masalah macam itu pun nak besar-besarkan", itulah agaknya kesimpulan hati saya dan kebanyakan suami semasa mendengar pengaduan
isteri. Walhal isu itu besar… jika kita melihatnya dari sudut emosi,
sebagaimana sudut isteri melihat dan menyuarakan isi hati. Maka
nilaikanlah permintaan isteri dengan pertimbangan emosi, biar pun ia
hanya secebis dari kemahiranmu sebagai lelaki. "Maafkan abang!", sekali lagi saya rasa bersalah. Salah bagi seorang suami, menilai isteri dengan penilaian lelaki yang gersang emosi.

BAGI SI ISTERI

Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suamimu berfikir
dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan, dan bukannya buah fikiran. Suami mencari penyelesaian, bukan sekadar perhatian dan perasaan.
Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, cikgu mahu pun doktor dan jurutera, nalurinya adalah naluri wanita. Kaya emosi dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.

BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI

Di sinilah perhargaan saya kepada buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray kerana ia mengajar saya dan isteri untuk saling faham-memahami. Pelajaran dari dua planet ini juga mendidik kami untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang diberi Ilahi.

Hal ini jugalah yang dibahas dengan panjang lebar oleh Stephen Covey dalam Habit #5 beliau iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood. Peraturan-peraturan ini bukanlah rekaan penulis seperti Covey dan Gray, namun ia adalah hasil kajian mereka terhadap tingkah laku manusia. Iaitu sebahagian daripada Sunnatullah… peraturan Allah dalam hubungan sesama manusia.

SUAMI, ISTERI DAN KAWAN

Kerana soal emosi dan logik tadi, saya cuba untuk memahami sesuatu.
Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka. Biar pun mereka ada ramai best friends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun
selepas berkahwin dan beranak pinak, mereka tidak lagi serapat dulu.
Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak. "Kalau Yang nak gi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abi tak kisah pun. Take your time.I´ll mind the kids", saya membuka tawaran kepada isteri. Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, ceramah, program dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggungjawab yang menjadi punca. Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Waktu untuknya tanpa saya. Tetapi lazimnya isteri saya lebih prefer untuk berada di rumah. Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini. Mengapa hal ini berlaku? Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.

Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional
kerana itulah alat utama beliau berperanan sebagai pemimpin keluarga.
Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa, si suami perlu kepada rakan berbincang. Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga. Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungannya dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu beliau membuat keputusan… terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga.Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada sahabat karib itu, telah membelakangkan dirinya. Lebih mengutamakan sahabat dari isteri sendiri. Lebih percaya kepada orang luar dari teman hidup yang dinikahinya. Jangan begitu. Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional. Mencari panduan dan penyelesaian. Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak. Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh si isteri. Emosi dan perasaan itu eksklusif dan hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak. Namun keperluan mendapatkan input rasional, izinkan suami mencarinya dari seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannnya kepada kasih sayang antara suami, isteri
dan anak-anak.

MERAIKAN PERBEZAAN

Saya yakin, jika setiap insan menghargai keunikan diri
masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami. Dengan bekalan Syariat Allah dan Sunnatullah… sempurnalah perjalanan sebuah rumahtangga. "Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki" (Al-Hadith)

"You complete me", itulah realiti hubungan antara suami dan isteri.

The egg, the vegetables and the coffee

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 6:49 am on Thursday, August 21, 2008

Tonight I feel like being cynical in a philosophical kind of way. But I’m sure only close friends know what and who this post refers to. Apologies for that. Haha.

Have you heard of the analogy about putting an egg, vegetables and coffee in hot, boiling water? Well, if you haven’t, allow me to enlighten you.

You see, when we put an egg in water for a long time, what will happen to the egg? It takes no rocket scientist to say that the egg will become hard. What about vegetables? The vegetables will become soft, too soft. Coffee? Mixing coffee with hot water will turn it into a delicious drink, liked and enjoyed by many. The longer you brew the coffee, the better it tastes.

Now let’s bring these elements to our lives. Yes, apply it to us: we, the human beings, homo sapiens, one of Allah’s best Creations. Let’s say that the hot water is a symbol of bad experiences and challenges in life that we must all go through and we are either the egg, the vegetables or the coffee. If we are the egg, these experiences will make us hard: we become unforgiving, we become heartless, we become cold, we will find it hard to move on and forget about the past and we use those reasons as excuses to hurt others. If we are the vegetables, those experiences will make us weak, weepy and afraid to face the world in fear of getting hurt. But if we are among the valiant and courageous few who are like the coffee, we adapt. Yes, perhaps we mope for a few days but then we move on with our lives, becoming better and better as time goes by. Just like the coffee. ‘Coffees’ know that changes are inevitable and thus, there is no point in fighting against them.

So frends, which one are you?

And to YOU, I’m sorry but I can’t help feeling smug about what you told me just now. Yes, I know even though you said you are fine but somehow it must be difficult for you especially in such a short period of time. But you see, she’s the coffee while you have allowed yourself to be an egg. I don’t want to be mean to you but I hope this teaches you that the truly determined and adamant people pick up the pieces, move on with their lives and never look back. Life doesn’t wait for us.

Perhaps it’s high time that you join the world of coffee huh?

Quoting Charles Darwin: "It is not the strongest of the species that survive, nor the most intelligent, but the one most responsive to change."

Cakap tak serupa bikin

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 4:05 am on Thursday, August 14, 2008

I really don’t get it.

Tan Sri Khalid Ibrahim’s suggestion to open 10% of UiTM entrance quota to non-bumis. Let’s make a comparison, shall we? Are we forgetting the fact that the government gave 45% of JPA scholarships to non-bumis? My father, a true statistician (is there such a word?) said that we should not look at the percentage but rather the numbers are what matters. 10% of UiTM students mean 25 000 students which means that 25 000 Malay students will be deprived of university education. In JPA’s case, only between 800 - 1000 students will be involved. The numbers are significantly different.

But let’s go back to the basic.

The basic is, both ideas prevent Malay people from getting university education. But while PKR believes in the formation of Bangsa Malaysia (thus, the idea of opening the quota to non-bumis), the government meanwhile goes around telling everyone especially the Malays that they are the protectors of the Malay people. Ketuanan Melayu. Yet, that JPA policy clearly shows that they went against their own ideology.

Then, there’s the ‘modal insan’ ideology. Mentaliti kelas pertama. The aim to make one of Malaysian public universities listed in the THES World Top Universities by 2020. And yes, the aim to get a Nobel Prize. Haha. So funny. Sedangkan kena challenge sikit pun dah melatah! Ni kan lagi nak bertanding dengan Harvard, Oxford, Cambridge, Stanford, MIT and the rest. Dengan National University of Singapore pun kita kena pijak-pijak! As usual, we are always dreaming…

Ketuanan Melayu la konon. Don’t give us all these nonsense about protecting Malays’ rights when right in front of our eyes, it is YOU who are the ones who do not love your own race. And it was right in front of my eyes did I see what you have done. Look at the JPA scholars who were sent overseas late last year: out of 40 students, only 3 of them were Malays. Is this what you call protection?   

Class, this is an example of dramatic and verbal irony.

One step closer

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 1:22 am on Wednesday, August 13, 2008

I went to Kem Bina Negara Ulu Sepri and came back in one piece, with new experience and new friends.

I’m done with BTN!

I spent months reading articles and books about Muslim and Islamic literature and my research proposal has been approved by my Ketua Pusat and submitted to Unit Latihan to be forwarded to Kementerian Pengajian Tinggi.

I’m done with my proposal!

Let’s just pray that everything goes well.

So I am one step closer to 17th December 2008. Hopefully Allah will grant me my wish. InsyaAllah.

Please pray for me…

Penat

Filed under: Uncategorized — amrahmajid at 6:57 pm on Friday, August 1, 2008

Lectures, tutorials, meetings, student activity, courses, Arabic classes, students, library - books, journals, articles - reading - studying - PhD proposal.

Eat proposal.

Drink proposal.

Sleep proposal.

Talk proposal.

Think proposal.

I’m tired.

Oh yes, I thought when the truth comes out, everything will be settled. How wrong was I! Still the same and perhaps even more complicated… Too tired to pull now…